CAKES AND CUPCAKE

CAKES AND CUPCAKE

Berita baik untuk semua...Gie homemade cake and cupcakes menawarkan perkhidmatan custom made cake...Nak tempah kek yang lawa-lawa...Nak tempah kek yang sedap-sedap...Nak tempah kek yang ade ciri2 design anda sendiri...Nak tempah kek yang harga berpatutan....Jawapannyee...tempahlah dengan kami...Jangan tunggu lame-lame...boleh watapps kami, msg kami, call kami...013-9280483 @ 09-5395070

Kami menawarkan kek pelbagai jenis cake...antaranyeee..

1) Chocolate Moist Cake

2) Red Velvet Cake

3) Sponge Cake (gabungan perasa yang sepastinye sedap)

4) Rainbow Cake

5) Choc Indungence Cake

6) Dll

Ape lagi...try sekali pasti nak berkali-kali...

013-9280483 @ 09-5395070

cctv

semut

Sabtu, 25 Oktober 2014

PISANG GORENG CHEESE YUMMY

Pisang Goreng Cheese



Assalammualaikum....
Banana Cheese atau Pisang goreng berkeju begitu teruja anak-anak suruh membuatnyer . 
Boleh dikatakan goreng pisang cheese ni tengah hangat di pasaran....ada yang sanggup
 membeli 1 bekas rm 4, wahal pada hakikatnyer mudah sahaja membuatnyer..
Petang-petang kalau makan pisang goreng mesti sedap dan jangan lupa makan 
sambil minum air teh atau kopi panas. Pisang nie kegemaran anak-anak. Sekejap je 
piring dah kosong. Ada sesetengah orang siap bubuh coklat Rice lagi sebagai toping. 
Terpulanglah kepada selera masing-masing. 


BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter 
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng 

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter

CARA-CARA MEMBUATNYA;
1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air
 dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga
 guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta
 sedikit garam.
2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, 
serta toskan.(deep fry).
3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang
 telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk 
dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan