Loyang 8
inci / 20cm
Suka tengok lapisan kek ini
menjadi elok je belang pelanginya...bila tengok hasil yang cantik dan kek jadi
elok itulah kepuasan tukag masak...
Bahan-bahan
untuk Gula Hangus:
· 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2
sahaja)
· Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur
supaya senang gula cair.
2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di
kacau.
4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula
memenuhi dasar loyang seperti gambar 2
5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air
gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama
dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan
untuk Puding
· 400ml fresh milk / susu cair
· 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk
pengadun untuk meringue nanti)
· 2 biji telur
· 140 gram gula castor
· 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning
telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam
mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau
perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam
mangkuk besar. Kacau perlahan- lahan supaya tidak berbuih.
4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
5. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi
seperti kaca pecah.
6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula
lapisan untuk kek bahan 1
Bahan-bahan
untuk Kek:
(rujuk
gambar 6)
· 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3
biji putih telur baru)
· 70 gram gula castor
· 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental
dan kaku.
4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan
tidak tumpah.
5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh
terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan
2:
· 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
· 130 ml air
· 50 ml minyak masak
· 70 gram gula castor
· 140 gram tepung gandum
· 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga
putih dan gebu.
3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga
kembang
4. Matikan mixer.
5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi
sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul
sebati.
6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam
adunan 2 . Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua
adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek
akan terapung di atas adunan puding . Adunan akan bergerak
kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
10.Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4
sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah
diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk
4 sudu setiap warna)
11.Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar
adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
12.Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak
2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
Hasilnya seperti gambar 10.
13.Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn
tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
14.
Bakar secara double boiler atau bain marie selama 160 deg 40 minit dan kurangkan suhu 150 deg bakar selama 30 minit
atau sehingga kek dan puding masak .
15.Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10
minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
16.Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun
sendiri.
17.Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di
atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
18.Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan
hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat
Mencuba dari Lovely Kitchen.
UPDATE:
Untuk
memudahkan pemahaman Cara Membuat Layer Pelangi seperti di bawah:
4
sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding
4
sudu besar hijau diletakkan di tengah adunan purple
4
sudu besar merah di letakkan di tengan adunan hijau
ulang
sebanyak 2 kali lagi
3
sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
3
sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
3
sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang
sebanyak 3 kali lagi
2 sudu
besar purple diletakkan atas adunan merah
2
sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
2
sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang
sebanyak 2 kali lagi
1 sudu
besar purple diletakkan atas adunan merah
1 sudu
besar hijau diletakkan atas adunan purple
1 sudu
besar merah di letak atas adunan hijau
buat
sehingga habis semua adunan.
1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi
kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau...
2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek.
Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam
oven.
TIPS
MEMBUAT KEK PUDING KARAMEL PELANGI
· Kek akan basah jika terlalu banyak air gula. Jadi sebaiknya
minimakan penggunaan gula untuk gula hangus. 2 sudu besar sudah memadai. Boleh
guna 1 1/2 sb sahaja jika tidak mahu air gula meleleh banyak semasa proses
terbalikkan kek.
· Kacau adunan puding perlahan-lahan jangan sampai berbuih untuk
dapatkan tekstur puding yang licin mulus tidak berlubang-lubang, kemudian
tapis.
· Untuk dapatkan meringue yang gebu kental, jangan sesekali termasuk
kuning telur ke dalam adunan putih telur walaupun sedikit. Jika bercampur dengan
kuning telur, meringue tidak akan menjadi...kesannya kek tidak naik dan tidak
gebu. Pastikan semua peralatan untuk meringue kering dan tidak berminyak.
· Segera lap air gula yang turun semasa terbalikkan
kek. Sebolehnya jangan bagi kek dibasahi dengan air gula supaya kek kering
cantik semasa dipotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan