CAKES AND CUPCAKE

CAKES AND CUPCAKE

Berita baik untuk semua...Gie homemade cake and cupcakes menawarkan perkhidmatan custom made cake...Nak tempah kek yang lawa-lawa...Nak tempah kek yang sedap-sedap...Nak tempah kek yang ade ciri2 design anda sendiri...Nak tempah kek yang harga berpatutan....Jawapannyee...tempahlah dengan kami...Jangan tunggu lame-lame...boleh watapps kami, msg kami, call kami...013-9280483 @ 09-5395070

Kami menawarkan kek pelbagai jenis cake...antaranyeee..

1) Chocolate Moist Cake

2) Red Velvet Cake

3) Sponge Cake (gabungan perasa yang sepastinye sedap)

4) Rainbow Cake

5) Choc Indungence Cake

6) Dll

Ape lagi...try sekali pasti nak berkali-kali...

013-9280483 @ 09-5395070

cctv

semut

Sabtu, 25 Oktober 2014

SOTONG PULUT



Resepi Ketupat Sotong Terengganu Sedap


Assalammualaikum......
 Ketupat sotong ni merupakan makanan tradisional orang 
Terengganu jugak tu, Kebetulan adik ipar dari kemaman 
bawa sotong fresh...jadi blhlah dijadikan hidangan untuk 
makan tengah hari ni..Ketupat Sotong yang aku buat kali ni 
ampak macam gemuk jer, banyak sangat aku sumbat pulutnya.  


 Resepi Ketupat Sotong Terengganu Sedap

Sotong (ikut selera masing2 nak sotong kecik ke besar)
- buang kulit sotong yang lembut tu, jika tidak warna akan jadi 
merah
Beras pulut (agak2 la banyak mana sotong yang ada)
Santan pekat (untuk membuat kuah)
Santan cair (untuk rendam beras pulut)
Sedikit halba (rendam dgn air panas bagi naik bau)
awang merah (dimayang)
halia (dimayang)
Gula dan garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA
Basuh beras pulut dulu, rendamkan beras pulut dengan santan 
cair lebih kurang 2 jam.
Kemudian, masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sematkan 
dengan lidi.
Masukkan sotong ke dalam periuk, santan pekat dan masak
 di atas dapur dengan api sederhana.
Masukkan bawang merah, halba, halia, garam dan gula.
Sentiasa kacau supaya santan tak berketul. 
Masak lebih kurang 20-30 minit dan sedia untuk dihidang.
Boleh makan dengan nasi putih atau makan begitu sahaja sebab
 rasanya sedap, lemak-lemak manis jer.



ICE CREAM VANILLA OREO


Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua, korang buat apa hujung minggu ni? Okey hari ni saya nak kongsi resepi ais krim yang sangatlah mudah sedap pula tu..pasti ramai yang dah mencuba kan, rasa lebih kurang saja dengan yang main beli punya. Hari tu saya ada buat ais krim juga tapi tak berapa nak jadi, yang ni alhamdulilah menjadi :). Resepi saya cari kat google, jom mulakan..

RESEPI : AIS KRIM OREO
Bahan-bahan :
2 1/2 cawan susu penuh krim Dutch Lady 
2 1/2 cawan Nestle coffee mate powder
1 paket biskut Oreo 

Cara-cara nak buat senang sabgat, masukkan susu Dutch Lady dan Nestle coffee mate dalam blender, kemudian blendkan 5 minit.

Lepas blend pindahkan dalam bekas, patah-patahkan biskut oreo bersama krimnya sekali tapi jangan letak banyak krim biskut tu. Bekukan sehingga 4 jam, keluarkan kemudian blend sekali lagi supaya adunan jadi lebih lembut. Bekukan lagi beberapa jam.

Taadaa..dah siap, bolehlah nikmati ais krim buatan sendiri..nyum.. selamat mencuba ^_^





PISANG GORENG CHEESE YUMMY

Pisang Goreng Cheese



Assalammualaikum....
Banana Cheese atau Pisang goreng berkeju begitu teruja anak-anak suruh membuatnyer . 
Boleh dikatakan goreng pisang cheese ni tengah hangat di pasaran....ada yang sanggup
 membeli 1 bekas rm 4, wahal pada hakikatnyer mudah sahaja membuatnyer..
Petang-petang kalau makan pisang goreng mesti sedap dan jangan lupa makan 
sambil minum air teh atau kopi panas. Pisang nie kegemaran anak-anak. Sekejap je 
piring dah kosong. Ada sesetengah orang siap bubuh coklat Rice lagi sebagai toping. 
Terpulanglah kepada selera masing-masing. 


BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter 
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng 

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter

CARA-CARA MEMBUATNYA;
1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air
 dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga
 guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta
 sedikit garam.
2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, 
serta toskan.(deep fry).
3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang
 telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk 
dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

Rabu, 22 Oktober 2014

Kek birthday

Assalammualaikum..Happy Birthday to adik Alesyha Sofia , semoga jadi anak yang solehah dan berjaya :D tema kek ni Frozen , alah princess elsa dan anna tu .. design ni memang cantik :)







Ahad, 12 Oktober 2014

KEK PUDING KARAMEL PELANGI


Salam .....apa khaba semua....hari ni dapat tampahan Kek Puding Karamel ......jadi pada hari ni saya kongsikan resepi yang sering saya guna untuk membuat kek ini...tak rugi menempah kek ini kerana struktur kek yang gebu dan puding yang lembut membuatkan kita tak jemu menikmatinyer..

RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Loyang 8 inci / 20cm
Suka tengok lapisan kek ini menjadi elok je belang pelanginya...bila tengok hasil yang cantik dan kek jadi elok itulah kepuasan tukag masak...
 
 
Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
·   2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
·   Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
1.  Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
2.  Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
3.  Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
4.  Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2
5.  Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
 
Bahan-bahan untuk Puding 
·  400ml fresh milk / susu cair
·  3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
·  2 biji telur
·  140 gram gula castor
·  1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil  dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan- lahan supaya tidak berbuih.
4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. 
5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1 
 
 
Bahan-bahan untuk Kek:
 
Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 6)
· 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
· 70 gram gula castor
· 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
 
Adunan  2:
· 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
· 130 ml air
· 50 ml minyak masak
· 70 gram gula castor
· 140 gram tepung gandum
· 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
4. Matikan mixer.
5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 . Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. 
8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding . Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
10.Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
11.Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
12.Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
13.Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
14.Bakar secara double boiler atau bain marie selama 160 deg 40 minit dan kurangkan suhu 150 deg  bakar selama 30 minit atau sehingga kek dan puding masak .
15.Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
16.Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
17.Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
18.Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.
UPDATE:
Untuk memudahkan pemahaman Cara Membuat Layer Pelangi seperti di bawah:
 4 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding
 4 sudu besar hijau diletakkan di tengah adunan purple
 4 sudu besar merah di letakkan di tengan adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi
 
 3 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
 3 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 3 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 3 kali lagi
 
 2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
 2 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
 2 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi
 
1 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
1 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
1 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
buat sehingga habis semua adunan.
 
 
 
1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau...
2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.

TIPS MEMBUAT KEK PUDING KARAMEL PELANGI 
·     Kek akan basah jika terlalu banyak air gula. Jadi sebaiknya minimakan penggunaan gula untuk gula hangus. 2 sudu besar sudah memadai. Boleh guna 1 1/2 sb sahaja jika tidak mahu air gula meleleh banyak semasa proses terbalikkan kek. 
·     Kacau adunan puding perlahan-lahan jangan sampai berbuih untuk dapatkan tekstur puding yang licin mulus tidak berlubang-lubang, kemudian tapis.
·     Untuk dapatkan meringue yang gebu kental, jangan sesekali termasuk kuning telur ke dalam adunan putih telur walaupun sedikit. Jika bercampur dengan kuning telur, meringue tidak akan menjadi...kesannya kek tidak naik dan tidak gebu. Pastikan semua peralatan untuk meringue kering dan tidak berminyak.
·    Segera lap air gula yang turun semasa terbalikkan kek. Sebolehnya jangan bagi kek dibasahi dengan air gula supaya kek kering cantik semasa dipotong.   







Jumaat, 10 Oktober 2014


Assalammualaikum.. harini 09 Oktober saya menerima tempahan caremel chocolate cake .  Cake ni mudah je nak buatnyaa. Bagi saya cake ni tak perlu kan hiasan. Ting ! siap je masak boleh terus hidang. Cake ni nampak je simple tapi bila masuk dalam mulut rase kemanisan caremelnyaa. so sesiapa yang nak tempah. Boleh lah order kat saya. 





Selasa, 7 Oktober 2014

KEK BIRTHDAY

Assalamualaikum... hari ni 07 oktober 2014 ...alhamdulillah siap juga tempahan kek birthday adik Damia Syahirah- 5 tahun..bertemakan princess ...Happy Birthday buat adik Damia Syahirah , semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya menempuh cabaran hidup.. semoga dipermudahkan semuanya..








Isnin, 6 Oktober 2014

KEK HARI RAYA

KEK BLACK FOREST

Assalammualaikum...06 Oktober 2014...kek hari raya...walaupun sibuk dengan suasana hari raya sempat juga buat kek sempena hari raya..terima kasih pada yang menempah kek..




Sabtu, 4 Oktober 2014

KEK BIRTHDAY

Assalammualaikum..
Hari ni 04 Oktober 2014.....minggu ni agak buzy sikit..banyak tempahan kek harijadi dan kek hari raya..alhamdullilah harap custemer puas hati....Harap maaf pada yang hendak menempah kek tapi tidak terima tempahan kerana saya tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran.... jom cuci mata....