CAKES AND CUPCAKE

CAKES AND CUPCAKE

Berita baik untuk semua...Gie homemade cake and cupcakes menawarkan perkhidmatan custom made cake...Nak tempah kek yang lawa-lawa...Nak tempah kek yang sedap-sedap...Nak tempah kek yang ade ciri2 design anda sendiri...Nak tempah kek yang harga berpatutan....Jawapannyee...tempahlah dengan kami...Jangan tunggu lame-lame...boleh watapps kami, msg kami, call kami...013-9280483 @ 09-5395070

Kami menawarkan kek pelbagai jenis cake...antaranyeee..

1) Chocolate Moist Cake

2) Red Velvet Cake

3) Sponge Cake (gabungan perasa yang sepastinye sedap)

4) Rainbow Cake

5) Choc Indungence Cake

6) Dll

Ape lagi...try sekali pasti nak berkali-kali...

013-9280483 @ 09-5395070

cctv

semut

Selasa, 30 September 2014

ROTI SARANG LEBAH DENGAN SOS BUTTERSCOTCH

Resepi Roti Sarang Lebah Dengan Sos Butterscotch (Bee Hieve Bun With Butterscotch Sauce)

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, 24 September 2014, sempat projek membuat roti. Sebenarnya aku ni mmg bread lover. Pantang lalu kat bakery mesti nk beli roti. Roti ni sebenarnya lagi untung kalo kita buat sendiri. Tapi tang menguli tu yang aku malas. Bila layar fb jer...roti ni tengah hangat di pasarkan....so, tu yang tak sabar nak membuat dan merasakan kesedapan roti ni...Akhirnya...memang kena gabungan roti dan sos butterscotch....marvelousss...rugi kalau tak cuba;-)

Ok sini aku kongsi resepi nya
Copypaste dari blog akak Rohaida

DOH✏️
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan whipping cream, suhu bilik
¼ cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds

1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan whipping cream ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. 
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
 6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:- Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Memang menjadi la roti ni. Proses buat rotinya mahu sejam...tapi time makannya xsampai 10 minit.
Selamat mencuba :-)




Isnin, 29 September 2014

CHOCOLATE MOIST CAKE



Assalammualaikum.....hari ni 29 September 2014 dapat tempahan kek coklat moist. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Salam perpisahan dan good luck kepada Ayya dan Hajar. Jom cuci mata...

Chocolate moist



Ahad, 28 September 2014

Kek Lumut Kukus

    Assalamualaikum.. projek untuk hari ni membuat Kek Lumut Kukus resipinya saya ambil daripada google.. Alhamdulillah selama 3 jam mengukus, hasil yang saya dapat rasa kek tersebut memang terbaik .. kek lumut yang saya buat tu lembut, gebu dan rasanya sedap ..